Dasar Privasi

TERAKHIR DIKEMAS KINI: SEPTEMBER 2019

JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd. menghormati privasi anda dan mahu anda mengambil tahu tentang cara kami mengumpul, mengguna dan mendedahkan maklumat. Dasar Privasi ini menerangkan amalan kami berhubung dengan maklumat yang kami atau penyedia perkhidmatan kami kumpulkan melalui laman web atau aplikasi ("selepas ini "Servis") yang dikendalikan dan dikawal oleh kami, yang anda gunakan untuk mengakses Dasar Privasi ini. Dengan memberikan maklumat peribadi kepada kami atau dengan menggunakan servis ini, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Dasar Privasi ini.

PENGUMPULAN MAKLUMAT

Kami mungkin meminta anda menyerahkan maklumat peribadi agar anda mendapat manfaat daripada ciri tertentu (seperti langganan surat berita, petua/petunjuk atau pemprosesan pesanan) atau untuk mengambil bahagian dalam aktiviti tertentu (seperti cabutan bertuah atau promosi lain). Anda akan diberitahu tentang maklumat yang wajib dberikan dan apa maklumat yang merupakan pilihan.

Kami mungkin menggabungkan maklumat yang anda hantar dengan maklumat lain yang telah kami kumpulkan daripada anda, sama ada secara dalam talian mahupun luar talian, termasuk, contohnya, sejarah pembelian anda. Kami juga mungkin menggabungkannya dengan maklumat yang kami terima mengenai anda daripada sumber lain, seperti Syarikat Gabungan Kenvue yang lain, sumber maklumat yang tersedia kepada umum (termasuk maklumat daripada profil media sosial umum anda), dan penyedia maklumat pihak ketiga yang lain.

Jika anda menyerahkan sebarang maklumat peribadi yang berkaitan dengan individu lain kepada kami, anda mewakili bahawa anda mempunyai kuasa untuk berbuat demikian dan membenarkan kami menggunakan maklumat tersebut mengikut Dasar Privasi ini.

MAKLUMAT SENSITIF

Melainkan kami meminta atau menjemputnya secara khusus, kami meminta anda tidak menghantar kepada kami, dan anda tidak mendedahkan, sebarang maklumat peribadi yang sensitif (cth, nombor Keselamatan Sosial, maklumat yang berkaitan dengan asal usul kaum atau etnik, pendapat politik, agama atau kepercayaan falsafah, keadaan kesihatan atau perubatan, kehidupan seks atau orientasi seksual, latar belakang jenayah, atau keahlian kesatuan sekerja, atau data biometrik atau genetik untuk tujuan mengenal pasti individu secara unik) pada atau melalui Perkhidmatan atau sebaliknya terus kepada kami.

PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT AUTOMATIK

Kami dan penyedia perkhidmatan kami boleh mengumpul dan menggunakan maklumat secara automatik dengan cara berikut semasa anda menavigasi di sekitar Perkhidmatan:

  • Melalui pelayar web anda: Maklumat tertentu dikumpulkan oleh kebanyakan pelayar web, seperti alamat Kawalan Akses Media (MAC), jenis komputer (Windows atau Macintosh), resolusi skrin, versi sistem pengendalian, dan jenis serta versi pelayar Internet anda. Kami mungkin mengumpul maklumat yang serupa, seperti jenis dan pengecam peranti anda, jika anda mengakses Laman melalui peranti mudah alih. Kami menggunakan maklumat ini untuk memastikan Perkhidmatan berfungsi dengan betul.
  • Menggunakan kuki: Kuki ialah cebisan maklumat yang disimpan secara terus pada komputer yang anda gunakan. Kuki membolehkan kami mengumpul maklumat seperti jenis pelayar web, masa yang dihabiskan di Servis, halaman yang dilawati, dan pilihan bahasa. Kami dan penyedia perkhidmatan kami menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan keselamatan, untuk memudahkan navigasi, memaparkan maklumat dengan lebih berkesan, dan untuk memperibadikan pengalaman anda semasa menggunakan Servis ini. Kami juga menggunakan kuki untuk mengecam komputer atau peranti anda, yang akan memudahkan anda menggunakan Servis ini, misalnya, mengingat item di dalam troli beli-belah anda. Di samping itu, kami menggunakan kuki untuk mengumpul maklumat statistik mengenai penggunaan Servis dalam usaha untuk terus meningkatkan mutu reka bentuk dan fungsi, memahami cara individu menggunakannya, dan untuk membantu kami menjawab pertanyaan mengenainya. Kuki selanjutnya membolehkan kami memilih iklan atau tawaran yang mungkin menarik bagi anda dan memaparkannya semasa anda berada di Servis ini. Kami juga mungkin menggunakan kuki dalam pengiklanan dalam talian untuk menjejaki respons pengguna terhadap iklan kami.
    Anda boleh menolak untuk menerima kuki ini dengan mengikut arahan pelayar web anda; walau bagaimanapun, jika anda tidak menerimanya, anda mungkin akan mengalami sedikit kesulitan semasa menggunakan Servis ini. Anda mungkin juga tidak akan menerima iklan atau tawaran lain daripada kami yang berkaitan dengan minat dan keperluan anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kuki, sila lawati http://www.allaboutcookies.org.
  • Menggunakan kuki Flash: Menggunakan kuki Flash: Penggunaan teknologi Adobe Flash (termasuk Objek Disimpan Setempat Flash ( "Flash LSO") membolehkan kami untuk, antara lain, berkhidmat kepada anda berdasarkan maklumat yang lebih terperibadi, memudahkan anda untuk terus mengakses dan menggunakan Servis ini, dan mengumpul serta menyimpan maklumat mengenai penggunaan Servis ini oleh anda. Jika anda tidak mahu Flash LSO disimpan pada komputer anda, anda boleh melaraskan tetapan Flash player anda supaya menyekat penyimpanan Flash LSO menggunakan alat yang terdapat di Panel Tetapan Simpanan Laman Web. Anda juga boleh mengawal Flash LSO dengan pergi ke Panel Tetapan Simpanan Global dan mengikut arahan. Sila ambil perhatian bahawa menetapkan Flash Player supaya menyekat atau mengehadkan penerimaan Flash LSO boleh mengurangkan atau menghalang fungsi sesetengah aplikasi Flash.
  • Menggunakan teg piksel, bikon web, GIF jelas, atau teknologi lain yang serupa: Ini mungkin digunakan berhubung sesetengah halaman Servis dan mesej e-mel berformat HTML untuk, antara lain, menjejaki tindakan pengguna dan penerima e-mel, mengukur kejayaan kempen pemasaran kami, dan mengumpul statistik mengenai penggunaan Servis.
  • Pengiklanan berasaskan minat: Kami mungkin menggunakan syarikat pengiklanan pihak ketiga untuk menyiarkan iklan mengenai barangan dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda apabila anda mengakses dan menggunakan Servis dan servis dalam talian lain, berdasarkan maklumat yang berkaitan dengan akses anda dan penggunaan Servis dan servis dalam talian lain pada mana-mana peranti anda. Untuk berbuat demikian, syarikat-syarikat ini mungkin meletakkan atau mengenali kuki unik pada pelayar anda (termasuk melalui penggunaan tag piksel). Mereka juga boleh menggunakan teknologi ini, bersama-sama dengan maklumat yang mereka kumpulkan tentang penggunaan dalam talian anda, untuk mengenali anda merentas peranti yang anda gunakan, seperti telefon mudah alih dan komputer riba.
    Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang amalan ini, dan untuk mengetahui cara memilih keluar daripadanya, dalam pelayar desktop dan mudah alih pada peranti tertentu yang anda mengakses Dasar Privasi ini, sila lawati http://optout.aboutads.info/#/ dan http://optout.networkadvertising.org/#/. Anda boleh memuat turun aplikasi AppChoices di www.aboutads.info/appchoices untuk memilih keluar dalam aplikasi mudah alih.
  • Alamat IP: Alamat IP anda ialah nombor yang diberikan secara automatik kepada komputer anda oleh Penyedia Perkhidmatan Internet anda. Alamat IP dikenal pasti dan dilog secara automatik dalam fail log pelayan kami setiap kali pengguna melawat Servis ini, bersama masa dengan lawatan dan halaman yang dilawati. Mengumpul alamat IP adalah amalan standard dan dilakukan secara automatik oleh banyak perkhidmatan dalam talian. Kami menggunakan Alamat IP untuk tujuan seperti mengira tahap penggunaan Servis, mendiagnosis masalah pelayan, dan mentadbir Servis ini.
  • Maklumat Peranti: Kami mungkin mengumpul maklumat mengenai peranti mudah alih anda, seperti pengecam peranti unik. untuk memahami cara anda menggunakan Servis.

BAGAIMANA KITA MENGGUNAKAN AND MENDEDAHKAN MAKLUMAT

Kami menggunakan dan mendedahkan maklumat yang anda berikan kepada kami seperti yang diperihalkan kepada anda pada masa pengumpulan. Sila lihat bahagian bertajuk "Pilihan dan Akses" di bawah untuk mengetahui cara anda boleh memilih keluar daripada penggunaan dan pendedahan kami yang tertentu.

Jika dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan, kami akan mendapatkan persetujuan anda untuk kami menggunakan maklumat peribadi anda semasa pengumpulan maklumat. Kami juga mungkin menggunakan maklumat daripada atau tentang anda seperti yang diperlukan untuk melaksanakan kontrak, untuk mematuhi kewajipan undang-undang (contohnya, disebabkan oleh kewajipan farmakovigilans kami), atau untuk kepentingan perniagaan kami yang sah. Kami juga mungkin bergantung pada asas undang-undang lain, khusus untuk:

  • Menyediakan fungsi Servis dan memenuhi permintaan anda.
    • untuk menyediakan fungsi Servis kepada anda dan memberikan anda perkhidmatan pelanggan yang berkaitan;
    • untuk menjawab pertanyaan dan memenuhi permintaan anda, seperti untuk menghantar dokumen yang anda minta atau makluman e-mel;
    • untuk menghantar maklumat penting mengenai hubungan kami dengan anda atau mengenai Servis ini, perubahan kepada terma, syarat, dan dasar dan/atau maklumat pentadbiran yang lain.
    Kami akan terlibat dalam aktiviti ini untuk menguruskan hubungan kontrak kami dengan anda dan/atau untuk mematuhi kewajipan undang-undang.
  • Mencapai tujuan perniagaan kami.
    • untuk analisis data, sebagai contoh, untuk meningkatkan kecekapan Servis;
    • untuk audit, untuk mengesahkan bahawa proses dalaman kami berfungsi seperti yang dimaksudkan dan mematuhi keperluan undang-undang, peraturan atau kontrak;
    • untuk tujuan penipuan dan pemantauan keselamatan, contohnya, untuk mengesan dan mencegah serangan siber atau percubaan untuk melakukan kecurian identiti;
    • untuk membangunkan produk dan perkhidmatan baharu;
    • untuk meningkatkan, menambah baik atau mengubah suai laman web atau produk dan perkhidmatan kami;
    • untuk mengenal pasti aliran penggunaan Servis, contohnya, memahami bahagian Servis kami yang paling menarik minat pengguna; dan
    • o untuk menentukan keberkesanan kempen promosi kami supaya kami boleh menyesuaikan kempen kami dengan keperluan dan minat pengguna kami.
    Kami akan terlibat dalam aktiviti ini untuk menguruskan hubungan kontrak kami dengan anda, untuk mematuhi kewajipan undang-undang, dan/atau kerana kami mempunyai kepentingan yang sah.
  • Analisis Maklumat Peribadi untuk menyediakan perkhidmatan yang diperibadikan.
    • untuk lebih memahami anda supaya kami dapat memperibadikan interaksi kami dengan anda dan memberi anda maklumat dan / atau tawaran yang disesuaikan dengan minat anda;
    • untuk lebih memahami pilihan anda supaya kami dapat menyampaikan kandungan melalui Servis yang kami percaya akan relevan dan menarik kepada anda.
    Kami akan menyediakan perkhidmatan yang diperibadikan sama ada dengan persetujuan anda atau kerana kami mempunyai kepentingan yang sah.

Kami juga mendedahkan maklumat yang dikumpul melalui Servis:

  • kepada anggota gabungan kami untuk tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Senarai anggota gabungan kami tersedia di https://johnsonandjohnson.gcs-web.com/financial-information/sec-filings (Klik pada pautan untuk Form 10K, Exhibit 21, under “SEC Filings”). JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd. merupakan pihak yang bertanggungjawab atas pengurusan Maklumat Peribadi yang digunakan bersama;
  • kepada rakan kongsi pihak ketiga kami yang dengannya kami menawarkan promosi berjenama bersama atau dipasarkan bersama;
  • kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami yang menyediakan perkhidmatan, seperti pengehosan dan penyederhanaan laman web, pengehosan aplikasi mudah alih, analisis data, pemprosesan bayaran, pemprosesan pesanan, penyediaan infrastruktur, perkhidmatan IT, khidmat pelanggan, perkhidmatan penghantaran e-mel dan surat, pengauditan, dan perkhidmatan lain, untuk membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan; dan
  • seperti yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, kepada pihak ketiga sekiranya berlaku sebarang penyusunan semula, penggabungan, penjualan, usaha sama, penyerahan, pemindahan, atau pelupusan lain semua atau mana-mana bahagian perniagaan, aset, atau saham kami (termasuk berkaitan dengan sebarang kebankrapan atau prosiding yang serupa).

Di samping itu, kami mungkin menggunakan dan mendedahkan maklumat anda seperti yang kami percaya perlu atau sesuai: (a) untuk mematuhi proses undang-undang atau undang-undang yang berkenaan mungkin termasuk undang-undang di luar negara tempat tinggal anda; (b) sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan untuk maklum balas permintaan daripada pihak berkuasa awam dan kerajaan, yang mungkin termasuk pihak berkuasa di luar negara tempat tinggal anda; (c) untuk menguatkuasakan terma dan syarat kami; dan (d) untuk melindungi hak, privasi, keselamatan, atau harta kami, dan/atau hak milik ahli gabungan kami, anda atau orang lain. Kami juga mungkin menggunakan dan mendedahkan maklumat anda dengan cara lain, selepas mendapat persetujuan anda untuk berbuat demikian.

Kami mungkin menggunakan dan mendedahkan maklumat yang kami kumpulkan secara automatik seperti yang diterangkan di bawah "Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat Automatik."

Di samping itu, jika dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, kami boleh menggunakan dan mendedahkan maklumat yang tidak dalam bentuk yang boleh dikenal pasti secara peribadi untuk sebarang tujuan. Jika kami menggabungkan maklumat yang tidak dalam bentuk yang boleh dikenal pasti secara peribadi dengan maklumat yang boleh dikenal pasti (seperti menggabungkan nama anda dengan lokasi geografi anda), kami akan menganggap maklumat gabungan itu sebagai maklumat peribadi selagi ia digabungkan.

PILIHAN DAN AKSES

Pilihan anda berhubung penggunaan dan pendedahan kami terhadap maklumat peribadi anda.

Kami memberi anda pilihan berhubung penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran kami. Anda boleh memilih untuk keluar daripada:

  • Menerima komunikasi pemasaran daripada kami: Jika anda tidak lagi mahu menerima komunikasi pemasaran daripada kami secara berterusan, anda boleh memilih untuk tidak menerimanya dengan menghantar e-mel kepada [email protected]. Dalam permintaan anda kepada kami, sila sertakan nama, jenis komunikasi pemasaran yang tidak lagi mahu diterima, dan sertakan juga alamat ke mana komunikasi tersebut dihantar. Sebagai contoh, jika anda tidak lagi mahu menerima e-mel atau mel pemasaran daripada kami, beritahu kami, dan berikan nama anda serta alamat e-mel atau alamat pos. Anda juga boleh memilih untuk tidak menerima komunikasi pemasaran daripada kami dengan melawati Servis untuk mengemas kini profil dalam talian anda. Selain itu, anda boleh memilih untuk tidak menerima e-mel pemasaran daripada kami dengan mengikuti arahan berhenti melanggan yang diberikan dalam mana-mana mesej sedemikian.
  • Menerima peringatan daripada kami: Jika anda tidak lagi mahu menerima peringatan perubatan daripada kami pada masa hadapan, anda boleh memilih untuk tidak menerimanya dengan menghantar e-mel kepada [email protected]. Dalam maklum balas anda kepada kami, sila berikan nama anda dan alamat e-mel atau nombor telefon di mana anda menerima peringatan daripada kami.
  • Perkongsian kami maklumat peribadi anda dengan ahli gabungan dan rakan kongsi pihak ketiga: Jika anda sebelum ini memilih untuk menerima komunikasi pemasaran daripada ahli gabungan kami atau rakan kongsi pihak ketiga, anda boleh memilih untuk tidak menyertai perkongsian maklumat peribadi anda dengan pihak tersebut untuk tujuan pemasaran langsung mereka secara berterusan dengan menghantar e-mel kepada [email protected]. Dalam komunikasi anda kepada kami, sila nyatakan bahawa kami tidak perlu lagi berkongsi maklumat peribadi anda dengan ahli gabungan kami dan/atau rakan kongsi pihak ketiga untuk tujuan pemasaran mereka dan sertakan nama dan alamat e-mel anda.

Kami akan berusaha untuk mematuhi permintaan anda secepat yang dapat dilaksanakan. Sila ambil perhatian bahawa jika anda memilih keluar seperti yang diterangkan di atas, kami mungkin tidak dapat mengalih keluar maklumat peribadi anda secara langsung daripada pangkalan data ahli gabungan kami yang mana kami telah berkongsi maklumat anda (iaitu, pada tarikh kami melaksanakan permintaan anda memilih keluar). Walau bagaimanapun, kami akan membuat usaha yang munasabah untuk memaklumkan permintaan anda kepada ahli gabungan kami. Sila ambil perhatian juga bahawa jika anda menarik diri daripada menerima mesej berkaitan pemasaran daripada kami, kami mungkin masih menghantar anda mesej transaksi dan pentadbiran penting yang anda tidak boleh pilih keluar.

Cara anda boleh mengakses, mengubah atau memadamkan maklumat peribadi anda
Jika anda ingin menyemak, membetulkan, mengemas kini, menyekat atau memadam maklumat peribadi anda, atau jika anda ingin meminta salinan elektronik maklumat peribadi anda untuk tujuan menghantarnya kepada syarikat lain (setakat hak ini diberikan kepada anda mengikut undang-undang yang berkenaan), sila hubungi kami dengan menghantar e-mel kepada [email protected]. Kami akan membalas permintaan anda secepat yang munasabah dan tidak lewat daripada satu bulan selepas penerimaan. Jika keadaan menyebabkan sebarang kelewatan dalam maklum balas kami, anda akan dimaklumkan dengan segera dan memberikan tarikh untuk maklum balas kami.

PEMINDAHAN MAKLUMAT RENTAS SEMPADAN

Maklumat peribadi anda boleh disimpan dan diproses di mana-mana negara di mana kami mempunyai kemudahan atau penyedia perkhidmatan, dan dengan menggunakan Servis kami atau dengan memberikan persetujuan kepada kami (jika dikehendaki oleh undang-undang), maklumat anda boleh dipindahkan ke negara-negara di luar negara tempat tinggal anda, termasuk ke Amerika Syarikat, yang mungkin memperuntukkan peraturan perlindungan data yang berbeza daripada di negara tempat tinggal anda. Walau bagaimanapun, langkah berkontrak yang sesuai dan lain-lain telah disediakan untuk melindungi maklumat peribadi apabila ia dipindahkan kepada ahli gabungan kami atau pihak ketiga di negara lain.

KESELAMATAN

Kami menggunakan langkah organisasi, teknikal dan pentadbiran yang munasabah untuk melindungi maklumat peribadi yang berada di bawah kawalan kami. Walaubagaimanapun, tiada penghantaran data melalui Internet atau sistem penyimpanan data yang boleh dijamin 100% selamat. Jika anda mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa interaksi anda dengan kami tidak lagi selamat (contohnya, jika anda berasa bahawa keselamatan mana-mana akaun anda dengan kami telah dicerobohi), sila maklumkan kepada kami dengan segera mengikut bahagian "Menghubungi Kami" di bawah.

TEMPOH PENGEKALAN

Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda selagi diperlukan atau dibenarkan berdasarkan tujuan yang diperolehi. Kriteria yang digunakan untuk menentukan tempoh penyimpanan kami termasuk: (i) tempoh masa kami mempunyai hubungan yang berterusan dengan anda dan menyediakan Servis kepada anda; (ii) sama ada terdapat kewajipan undang-undang yang kami tertakluk kepadanya; dan (iii) sama ada pengekalan adalah dinasihatkan berdasarkan kedudukan undang-undang kami (seperti berkenaan dengan statut pengehadan, litigasi atau penyiasatan kawal selia yang berkenaan).

LAMAN DAN PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA

Perkhidmatan ini mungkin mengandungi pautan ke laman pihak ketiga. Dasar Privasi ini tidak menangani, dan kami tidak bertanggungjawab terhadap, privasi, maklumat atau amalan mana-mana pihak ketiga, termasuk mana-mana pihak ketiga yang mengendalikan mana-mana laman web atau perkhidmatan dalam talian (termasuk, tanpa had, sebarang aplikasi) yang tersedia melalui Servis ini atau yang mana Servis ini mengandungi pautan. Ketersediaan, atau kemasukan pautan ke, mana-mana laman web atau harta sedemikian dalam Servis tidak membayangkan pengesahannya oleh kami atau oleh ahli gabungan kami.

MENGHUBUNGI KAMI

JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd. terletak di Level 8, The Pinnacle, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia, ialah syarikat yang bertanggungjawab untuk pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi di bawah Dasar Privasi ini.

Jika anda ada sebarang soalan tentang Dasar Privasi ini, sila hubungi kami dengan menghantar emel kepada [email protected] atau dengan menelefon kami di 1800 222 565 (Bebas tol) atau dengan menulis kepada alamat di bawah:
Lot 3 & 5,
Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

KEMAS KINI KEPADA DASAR PRIVASI INI

Kami mungkin mengubah Dasar Privasi ini. Sebarang perubahan pada Dasar Privasi akan berkuatkuasa apabila kami menerbitkan Dasar Privasi semakan semula di Servis ini. Penggunaan Servis ini susulan pindaan ini bermakna anda menerima Dasar Privasi yang disemak semula ini.Kami mengesyorkan agar anda sentiasa menyemak Dasar Privasi apabila anda melawati Servis. Dasar ini kali terakhir dikemas kini pada September 2019.