Apa yang Harus Dilakukan Jika Anda Mempunyai Rokok

Sekiranya tabiat merokok berulang kembali, jangan paksa diri anda. Kami tahu ia amat sukar, tetapi lebih baik anda menerimanya dan teruskan. Jangan biarkan hal itu menghalang anda untuk berhenti – sebaliknya gunakan langkah-langkah ini untuk menguatkannya.

  • Fahami bahawa berhenti merokok adalah suatu proses pembelajaran.
    Sentiasa mengingati bahawa berhenti merokok sama seperti belajar menunggang basikal. Sudah tentu anda akan terjatuh, tetapi lebih pentingnya untuk anda bangun dan dan cuba lagi. Begitulah cara kita belajar, dan logik yang sama boleh diaplikasikan kepada berhenti merokok. Dari masa ke semasa, anda akan mendapat keseimbangan yang betul.
  • Fahami apa yang membuatkan anda tersilap dan rancang apa yang harus dilakukan dengan cara yang berbeza.
    Sebahagian besar cara untuk berhenti merokok adalah mencari punca apa yang membuatkan anda mahu merokok. Anda boleh mengenalpasti punca pada masa akan datang dan anda boleh cuba mengubahkan tabiat (seperti berjalan-jalan atau makan makanan ringan yang sihat) .
  • Bercakap dengan seseorang dalam rangkaian sokongan anda.
    Bergantung pada sokongan semasa anda kembali ke landasan, dan kongsi perasaan anda. Selain itu, bercakap boleh membantu anda memahami dengan lebih baik mengapa anda tersilap dan bagaimana untuk mengelakkannya pada masa akan datang.
  • Ingatkan diri anda tentang matlamat anda.
    Fikirkan perkara-perkara baik yang telah berlaku sejak anda berhenti merokok. Kembali fokus pada berhenti dan ingat sebab-sebab anda berhenti.
  • Periksa dos untuk produk NICORETTE® anda.
    Anda mungkin mahu menukar dos untuk membantu ketagihan anda. Jika anda merasa tidak yakin dengan berhenti merokok, pastikan anda berbincang dengan profesional kesihatan anda.

Cara Mengatasi Ketagihan

Mengenal pasti sebab-sebab di sebalik keinginan rokok anda adalah langkah pertama dalam belajar bagaimana menangani mereka.

Tulis Matlamat & Memberi Ganjaran Kepada Diri Sendiri

Berikan ganjaran kepada diri sendiri apabila anda mencapai kejayaan anda.