Bebas Dari Rutin Merokok
Untuk berhenti merokok dengan jayanya, anda perlu membuang tabiat lama anda. Kami tahu itu lebih mudah untuk diperkatakan daripada dilakukan - terutamanya jika rakan anda adalah perokok. Kami mengumpul beberapa cadangan untuk membantu anda membebaskan diri daripada merokok untuk selamanya, dan tanpa memutuskan hubungan dengan rakan-rakan anda.
- Tukar kebiasaan dan aktiviti anda.
Mengelilingi perokok lain selalunya bererti berada di sekeliling rakan dan rakan sekerja yang merokok. Tidak perlu memotong ikatan sosial. Hanya gunakan imaginasi anda, dan sebagai bonus anda akan mendapati diri anda melakukan perkara-perkara baru dan menarik.
Lebih mudah jika anda tukar tempat perjumpaan dan aktiviti dilakukan bersama rakan-rakan merokok anda. Sebagai contohnya, jika mendapatkan segelas arak dan rokok pada setiap perjumpaan malam Jumaat dengan mereka adalah tabiat anda, pertimbangkan untuk melakukan perkara lain. Cuba keluar untuk makan malam atau filem, berjalan kaki ke pameran, atau pergi untuk mendaki.
Daripada berbual dengan rakan sekerja semasa rehat untuk merokok, elok untuk dapatkan kopi dengan mereka pada masa lain. - Bersedia.
Jangan mengasingkandiri daripada orang lain apabila anda berhenti merokok. Yang pastinya, anda perlu menangani keinginan dalam situasi tertentu. Tetapi adanya acara yang anda tidak mahu terlepas – seperti parti hari lahir. Pastikan anda sudah bersedia.
Produk NICORETTE® boleh menyokong kemahuan anda dan membantu anda mengatasi keinginan untuk merokok. Untuk mengatasi keinginan dalam keadaan sosial, cuba mengunyah Gula-Gula Getah NICORETTE®. Tampalan kami adalah satu lagi pilihan - ia akan mengurangkan keinginan anda untuk merokok sehingga 16 jam. - Kelilingi diri anda dengan sokongan.
Kebanyakan orang akan mahu menyokong anda kerana mereka memahami bahawa berhenti merokok adalah satu perkara yang hebat untuk dilakukan dan ujian yang sukar bagi kemahuan.
Pastikan untuk bergantung pada sokongan mereka terutamanya apabila menangani keinginan, bukannya melakukannya sahaja. - Kekal positif.
Sentiasa focus pada kesan berhenti merokok yang positif – sebagaimana kesihatan dan penampilan anda akan meningkat kesihatan dan penampilan anda, berapa banyak wang yang akan anda simpan, dan betapa gembiranya orang yang anda sayangi berasa apabila mereka mengetahui bahawa anda tidak lagi merokok. Mainkan pemikiran positif ini dalam minda anda. Lebih baik jikalau anda membuatkan senarai tentangnya dan meletakkan di tempat yang nyata, seperti peti sejuk. Sikap optimis berguna apabila anda perlu mengatakan “tidak” bagi rokok yang seterusnya.
Petua Berhenti Merokok
Ketahui fakta-fakta yang betul dan taktik yang berguna untuk membebaskan diri dari merokok selamanya.
Menyediakan Rangkaian Sokongan
Sokongan moral adalah penting semasa masa yang sukar. Ketahui cara untuk menyediakan rangkaian sokongan yang akan membantu anda berjaya untuk berhenti merokok.