Skip to main content

You are here

Kebenaran Mengenai Nikotin & NRT

Memahami kepentingan peranan nikotin dalam ketagihan merokok dan perbandingannya dengan bahan-bahan lain dalam rokok. Sekarang anda boleh menggantikan tanggapan salah umum dengan fakta mengenai nikotin dan Terapi Penggantian Nikotin (NRT).

  • Nikotin tidak menyebabkan kanser.
    Nikotin belum terbukti menyebabkan kanser. Terdapat lebih daripada 5,000 bahan kimia lain dalam asap rokok, kebanyakannya diketahui menyebabkan kanser.
  • Nikotin bukan punca penyakit lain yang disebabkan oleh merokok.
    Puncanya daripada toksin-toksin dalam asap rokok, bukannya kandungan nikotin, yang menyebabkan penyakit seperti penyakit paru-paru kronik dan penyakit jantung.
  • Nikotin tidak menyebabkan noda kuning pada jari dan gigi.
    Tar dalam rokok merupakan penyebab kesan kuning-coklat yang hodoh pada jari dan gigi, bukan nikotin.
  • Nikotin bukan bahan buatan manusia.
    Nikotin adalah bahan semulajadi yang ditakrifkan daripada tumbuhan Nicotiana.
  • NRT tidak menggantikan satu ketagihan untuk yang lain.
    NRT menyediakan nikotin dalam dos yang lebih terkawal dibandingkan dengan rokok. Dos itu berkurang dari semasa ke semasa secara beransur-ansur sehingga anda boleh meninggalkan nikotin selamanya.
  • NRT bukanlah 'penyembuh' untuk merokok.
    Produk NRT, seperti NICORETTE®, tidak menyembuhkan ketagihan merokok dan menjadikan anda seorang bukan perokok daripada seorang perokok tegar semalaman. Walau bagainmanapun, NRT menjadikan berhenti merokok lebih senang.

NRT berfungsi dengan melepaskan nikotin terapeutik ke dalam aliran darah anda pada paras yang jauh lebih rendah daripada dalam rokok, tanpa tar, karbon monoksida, dan bahan kimia asap rokok yang berbahaya. Ini membantu melegakan gian anda. Yang pastinya, berhenti merokok akan memerlukan kekuatan dan usaha anda.

Sumber:
http://www.nhs.uk/Livewell/smoking/Pages/Copingwithcravings.aspx
https://www.nhs.uk/smokefree/frequently-asked-questions
https://www.nhs.uk/smokefree/help-and-advice/prescription-medicines

Manfaat Kesihatan Berhenti Merokok

Anda akan merasai manfaat kesihatannya dalam sejam anda berhenti merokok. Membelajari kesan atas badan anda selepas anda berhenti merokok.

Bahan Kimia Rokok & Tubuh Anda

Asap rokok mengandungi lebih daripada 7000 bahan kimia yang menjejaskan setiap bahagian tubuh anda.