Skip to main content

You are here

Merokok Mempengaruhi Semua Orang

Merokok bukan hanya menjejaskan anda, tetapi semua orang dalam kehidupan anda. Berhenti merokok adalah langkah yang positif untuk anda jejaki bagi diri sendiri dan mereka dalam kehidupan anda.

Anda

Dengan berhenti, anda mula mengurangkan kesan besar merokok.

Merokok mengurangkan:

  • Bau dan rasa
  • Fungsi paru-paru

Merokok membuat anda lebih berisiko untuk menghadapi:

 

  • Penyakit paru-paru (seperti emphysema dan bronkitis kronik)
  • Kanser, terutama kanser paru-paru
  • Serangan jantung atau strok
  • Penyakit jantung koronari

Merokok juga mempercepatkan proses penuaan dan mengalirkan kewangan anda.

Pasangan anda

Paling penting, dengan berhenti merokok, anda melakukan sesuatu yang positif untuk kesihatan anda. Ini bermakna pasangan anda boleh berhenti bimbang tentang risiko kesihatan anda, dan pasangan anda tidak perlu berasa bimbang lagi tentang kesan merokok secara jangka panjang kepada kesihatan.

Kemungkinan pasangan anda akan menikmati bahawa anda tidak lagi berbau rokok. Merokok juga boleh menyebabkan penyakit gusi, satu lagi sebab mulut berbau.

Wang yang akan anda simpan dengan berhenti merokok boleh dijadikan bonus ekstra bagi pasangan anda. Anda akan mmempunyai wang tambahan untuk menjamu selera atau mengambil cuti bersama.

Anak-anak anda

Kanak-kanak dan keluarga adalah alasan utama untuk menggalakkan perokok untuk berhenti. Satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa 98% kanak-kanak berharap ibu bapa mereka akan berhenti merokok, dan hampir separuh berkata perbuatan merokok ibu bapa mereka membuatkan mereka berasa sakit.

Kanak-kanak belajar tentang bahaya kesihatan merokok di sekolah. Mereka mungkin bimbang tentang kesihatan anda. Sekiranya anda merokok di sekeliling anak-anak anda, kesihatan mereka juga boleh berisiko daripada asap rokok pasif.

Berfikir tentang ganjaran ekstra yang anda dapat nikmati bersama keluarga anda dengan wang yang disimpan dari berhenti merokok – kepergian, menikmati wayang di pawagam, ataupun percutian idaman keluargamu. Anda bersama keluarga anda dapat menikmati ganjaran berhenti merokok.

Rakan-rakan anda

Tidakkah anda membencinya apabila anda sedang minum atau makan dengan rakan-rakan, tiba-tiba anda melontar keluar untuk merokok? Anda akan berseorangan di luar dan melepasi peluang untuk berseronok bersama rakan-rakan anda.

Rakan-rakan anda akan gembira jika anda berhenti, kerana mereka mengambil berat tentang anda dan anda akan mempunyai lebih banyak masa bersama mereka. Anda tidak memerlukan rokok lagi apabila anda mempunyai kemahuan untuk berhenti merokok, serta menggunakan NICORETTE®.

Rakan Kerja

Apabila anda letih, tertekan, dan berkejar pada batas waktu, mudah untuk mencari ketenangan dengan menyelinap keluar dari pejabat untuk merokok. Laporan menunjukkan bahawa dalam tempoh setahun, perokok melapangkan masa dari masa kerja mereka sebanyak lima minggu atas perbuatan mereka yang dikatakan sebagai rehat ‘cepat’.

Tiada sesiapa yang ingin dianggap sebagai orang yang tidak menyiapkan kerja mereka. Berhenti merokok boleh membantu menjadikan hari anda lebih produktif.


Sumber:
https://www.nhs.uk/smokefree/why-quit/what-happens-when-you-quit
https://www.nhs.uk/smokefree/why-quit/smoking-health-problems
https://www.gov.uk/government/news/campaign-warns-of-dangers-of-secondhand-smoke

callout-010

Kalkulator Belanjawan

Anda akan berasa menakjubkan apabila mengetahui tentang penjimatan yang anda boleh jimat ketika merokok.

callout-011.jpg

Tips Berhenti Merokok

Ketahui fakta-fakta yang betul dan taktik yang berguna untuk membebaskan diri dari merokok selamanya.