Tampalan NICORETTE® Invisi Transdermal

Secara Keseluruhan

Sekali sehari untuk menewaskan keinginan nikotin.

  • Dos nikotin yang terkawal diserap ke dalam aliran darah melalui kulit anda
  • Tidak mengganggu tidur anda
  • Membantu mengendalikan gian nikotin anda selama 16 jam
  • Terdapat dalam: [25mg/16jam, 15mg/16jam dan 10mg/16jam dalam saiz pek 7-an]

Pilih Kekuatan yang Sesuai

Cara untuk Menggunakannya

  1. Perkara pertama setiap pagi, gunakan satu tampalan baru pada bahagian yang bersih, kering, kawasan tidak berbulu seperti kulit paha, lengan, dada, atau pinggul.
  2. Gunakan bahagian baru badan anda setiap hari. Selepas 2 hingga 3 hari, anda boleh tukar kepada tempat terdahulu jika tiada tanda kerengsaan.
  3. Sebelum tidur, buka tampalan dan buang dengan selamat.

Adakah anda sedia untuk berhenti sepenuhnya? Gunakan tampalan untuk mengawal gian nikotin dan simptom penarikan. Kami mengesyorkan penggunaan tampalan yang dosnya terkuat pada mulanya, kemudian kian lama kian mengurangkan dosnya sepanjang masa 12 minggu.

Merokok 15 batang atau lebih rokok setiap hari? Gunakan carta ini sebagai panduan:

Minggu 1 hingga 8 Guna tampalan 25mg
Minggu 9 hingga 10 Guna tampalan 15mg
Minggu 11 hingga 12 Guna tampalan 10mg
Selepas 12 minggu Berhenti guna tampalan

Merokok kurang daripada 15 batang rokok setiap hari? Gunakan carta ini sebagai panduan:

Minggu 1 hingga 8 Guna tampalan 15mg
Minggu 9 hingga 12 Guna tampalan 10mg
Selepas 12 minggu Berhenti guna tampalan

Rujukan:
Nicorette Invisi Transdermal Patch Package Insert 2021

Lokasi Penjualan Produk

Nutrition Facts

Jangan gunakan jika anda hamil atau menyusu.
Bukan untuk dijual atau digunakan oleh orang di bawah umur 18 tahun.
Jauhi ubat dari kanak-kanak.
Simpan di bawah 30°C. Buang dengan betul.

Warnings

Bahan Aktif

Nikotin 1.75mg/cm2

Bahan Tidak Aktif

Medium chain triglycerides, basic butylated methacrylate copolymer, polyethylenterephthalate film (PET), acrylic adhesive solution, potassium hydroxide, croscarmellose sodium, aluminium acetylacetonate, siliconized PET garisan pelepasan dengan sisi tunggal aluminium.

Additional Information

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anda boleh melawat farmasi terdekat anda untuk mendapatkan nasihat tentang berhenti merokok atau mengetahui lebih lanjut mengenai produk Nicorette.

Talian hotline Caring Pharmacy: 03-74535425(link is external) atau 016-3936788(link is external)